whatsapp image 2026 06 01 at 10.15.18 am

Pesuruhjaya Sumpah dan Salinan Diakui Sah (CTC): Larangan, Salah Faham dan Jalan Penyelesaian Melalui Akuan Bersumpah

Dalam amalan harian Pesuruhjaya Sumpah, antara kekeliruan paling kerap berlaku ialah isu Salinan Diakui Sah, atau lebih dikenali sebagai Certified True Copy (CTC).

Ramai orang awam datang membawa salinan kad pengenalan, sijil lahir, geran tanah, surat nikah, penyata bank, sijil akademik, dokumen syarikat, borang agensi kerajaan, dokumen pusaka atau dokumen AmanahRaya, lalu meminta Pesuruhjaya Sumpah “cop sah”, “sahkan salinan”, atau “buat CTC”.

Pada pandangan orang awam, ia nampak mudah. Dokumen asal ada, salinan pun ada, jadi mereka fikir Pesuruhjaya Sumpah boleh bandingkan dan cop bahawa salinan itu adalah benar.

Namun dari sudut undang-undang dan tatacara Pesuruhjaya Sumpah, perkara ini tidak semudah itu.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *