Pesuruhjaya Sumpah: Gerbang Awal Urusan Undang-Undang, Harta dan Kehidupan Masyarakat
Dalam pandangan biasa masyarakat, tugas Pesuruhjaya Sumpah sering dilihat kecil dan ringkas — sekadar menyaksikan tandatangan atau mengesahkan Akuan Berkanun. Ada yang datang hanya untuk “angkat sumpah”, “cop borang”, atau “sahkan dokumen”. Namun hakikatnya, peranan Pesuruhjaya Sumpah jauh lebih besar daripada itu.
Di sebalik satu tandatangan dan satu cop rasmi, sering bermula satu urusan penting dalam kehidupan seseorang: urusan tanah, pusaka, hibah, AmanahRaya, pinjaman, mahkamah, imigresen, perniagaan, pendidikan, keluarga, dan pelbagai urusan pentadbiran lain.
Pesuruhjaya Sumpah sebenarnya berada di pintu hadapan sistem undang-undang masyarakat.
Lihat Semua Post
